Permainan budak sekolah zaman 90-an suka buat dulu, TETAPI masih dimainkan sehingga hari ini.
Ya.
Sekali, panjang la pula tajuk hari ini.
Dah lama nak tulis tentang benda ni. Tetapi, asyik tak ada masa sahaja.
Disini, saya senaraikan beberapa permainan lama atau permainan ANEH yang sentiasa dibuat atau dimainkan oleh budak-budak sekolah zaman 90-an yakni zaman saya, TETAPI masih tetap dimainkan pada zaman moden ini.
1. Lawan getah pemadam.
Permainan ni memang LEGEND. Dulu, kalau lawan dengan kawan. Suka cari kawan yang baru beli pemadam baru. Saya pula lawan guna pemadam lama. Yang dah guna, dan kotor-kotor punya. Siapa kalah, kena bagi pemadam yang digunakan dalam permainan itu. Taktik saya, guna pemadam lama. Kalau kalah, takdelah terasa sangat.
Hasilnya, 90% berjaya kalahkan pihak lawan. Dan saya dapat banyak pemadam baru.
Dan saya jual pemadam itu pada budak-budak perempuan dengan harga 10 sen satu.
Haha.
Happy ending.
Sebelum saya terlupa, permainan ini tidak berapa popular pada zaman sekarang. Sebab budak-budak sekarang, nak bawa pemadam ke sekolah pun malas. Sampai satu tahap, mereka pinjam pemadam saya. Geleng kepala saya dibuatnya dengan perangai mereka.
Itu belum cerita yang tak bawa buku teks dan pensil? Haiya..
2. Main lawan tepuk batang aiskrim.
Ya. Aiskrim padepop tu la. Tidak pun, aiskrim kacang merah. Beli banyak-banyak semata-mata nak dapatkan batang aiskrim tu. Lepas tu, kasi asah sikit-sikit agar jadi lebih ringan. Maklumlah, kalau berat nanti susah nak menang.
Cara nak main game ni. Siapa punya batang aiskrim dapat tindih batang aiskrim pihak lawan, dia akan dikira pemenang. Biasanya, ada peraturan tidak rasmi. Kena tindih 10 kali, baru dikira menang. Dan biasanya, kena bagi batang aiskrim sebagai hadiah pemenang apabila kalah.
Macam mana nak tindih?
Kita boleh tepuk ke lantai. Nanti ada angin terhasil dan menterbalikkan batang aiskrim tersebut. Tidak pun, tepuk tangan depan batang aiskrim. Nanti dia terbang gak. Boleh guna mana-mana sisi tangan. Teknik KILLER?, guna sisi tangan ala-ala karate papan. Nanti dia akan meluncur laju. Teknik ni biasanya digunakan pada saat-saat kecemasan sahaja dan hanya beberapa pemain hebat seperti saya sahaja mampu lakukannya dengan penuh seni.
Kalau jenis kalah mati punya permainan, peraturan tidak membenarkan tukar batang aiskrim. Jadi, siapa kalah, batang aiskrim yang digunakan akan dijadikan sebagai hadiah kepada pemenang.
Game ni memang cukup popular dulu. Saya sendiri sampai beratus-ratus batang aiskrim saya berjaya kumpulkan.
Tetapi mak saya tak suka.
Dia buang dalam tong sampah.
Jadi, berakhirlah riwayat seorang Pendekar Tepuk Batang Aiskrim yang cukup hensem.
3. Main lawan tutup oren.
Ini juga satu lagi permainan lagenda di sekolah zaman 90-an dahulu.
Saya juga dikira pemain lagenda untuk permainan yang cukup popular pada zaman itu. Dan masih juga dimainkan pada zaman sekarang. Saya sebagai cikgu, memang sakit hati apabila ada murid main ketika saya sedang mengajar. Akibatnya, rampasan tutup oren dilakukan dengan penuh kuku besi. Murid menangis. Saya peduli apa.
“Panggil bapak awak jumpa saya kalau nak tutup oren ni semula. FAHAM?”
Ohh..lupakan kejap tentang budak menangis itu. Sampai ke hari ini, bapaknya tak datang-datang pun.
Cara nak main? Kita kena tembak tutup oren itu kena pada tutup oren yang lain. Tapi kita tak boleh tentukan sendiri. Pihak lawan sahaja yang akan tentukan kita kena tembak yang mana. Biasanya, pihak lawan akan pilih dan paksa kita tembak tutup oren yang terlindung dengan tutup oren yang lain dan ini menyukarkan kita untuk tembak tutup oren tersebut.
Dan ada HIDDEN QUEST atau cara cepat untuk tambah point untuk menang cepat dalam permainan ini. Biasanya, Siapa dapat kumpul 100 point dulu dikira pemenang. Zaman saya dulu, siapa dapat kumpul 500 point dikira menang. Atau siapa yang dapat kumpul point yang terbanyak akan dikira pemenang. Satu tutup oren yang berjaya disambut selepas selesai menembak, akan diberi 2 mata. Kalau dapat sambut semua, kita akan dapat 10 mata.
Jadi macam mana untuk tambah lebih banyak mata?
Cuba dapatkan hidden quest tersebut seperti Game “Jamban” dan “Bunga”. (Payah nak cerita camana nak dapat jamban atau bunga. Nanti kalau ada masa saya cerita)
Sebagai pemain lagenda, saya jarang untuk tidak mengecewakan pihak lawan saya.
Saya menang dengan kilauan bintang dan digemari oleh ramai murid perempuan.
Lagi satu, permainan ini tidak ada hadiah. Siapa menang, dia kira terer. Kiranya, ramai orang akan MENCABAR orang yang dah pernah menang. Siapa yang jarang kalah, akan dipandang TINGGI dan dihormati oleh murid yang lain.
Seperti yang berlaku pada diri saya. Dulu.
Permainan ini ikut musim. Dulu, bebudak laki suka main dalam kelas. Sekarang dah tak main dah. Diorang tukar main batu seremban la pulak. Aduhh..dari satu ke satu hal budak-budak nih..
4. Main batu seremban.
Saya tidak tahu bagaimana permainan ini mendapat nama “SEREMBAN” sebab saya tahu permainan ini tidak diasaskan oleh orang seremban. Sebab sepanjang saya berkenalan dengan orang seremban atau gadis comel dari seremban, seorang pun tidak mengaku bahawa permainan itu diasaskan oleh orang Seremban. Jadi, tidak perlu bangga sangat ye orang Seremban? Hehe..
Macam mana nak main?
Biasanya ada 5 batu yang digunakan. Budak sekolah biasanya akan cari batu yang agak bulat dan tidak tajam agar tidak mencederakan tangan dan jari mereka ketika bermain. Dan cara nak main agak susah nak diterangkan dengan kata-kata. Lebih kurang juga macam permainan tutup oren.
Senang cakap, kita kena lambung satu batu dan tangkap. Kalau satu batu, kita kena baling dan tangkap satu batu. Kalau dua, kena sambut dua. Dan seterusnya. Hujung setiap peringkat, kena timbang dan tangkap. Berapa dapat tangkap, kiraanya sama macam tutup oren. Dalam permainan ini juga, ada banyak hidden quest atau peringkat susah yang tidak semua murid-murid sekarang tahu. Diorang tahu yang asas sahaja. Lepas sampai pusingan ke 5, diorang dok ulang balik. Berbeza pada zaman saya, ada lagi 5-7 peringkat lagi yang kena kami buat sebelum BOLEH ulang ke pusingan awal.
Pemenang dikira siapa dapat mata atau point yang paling tinggi. Sama macam permainan tutup oren.
Jumlah batu tidak terhad. Tetapi yang cukup popular, guna lima biji batu atau dikenali Batu LIMA. Tapi kami dulu, main sampai batu 17. Tak mainlah batu lima aje. Tak cukup pendekar rasanya. Haha..
Sekarang, budak-budak sekolah saya cukup popular main permainan ini. TETAPI, awas. Kalau saya nampak, memang saya rampas dengan penuh kasih sayang. Nak main, main waktu rehat ye murid-murid.
6. Main getah.
Main getah ni ada banyak jenis.
Versi perempuan, kita panggil “zero point” atau main lompat getah. Setiap getah diikat antara satu sama lain membentuk tali. Dan pemain kena melompat pada ketinggian yang berbeza. Mula-mula bawah tapak kaki, paras lutut, paras pinggan, paras leher, paras telinga, paras kepala, paras 1 jengkal atas kepala. Biasa paras 1 jengkal atas kepala DIBAN kerana kesukaran untuk melompatnya dan membuatkan ramai murid lelaki menjadi penonton kerana boleh nampak seluar dalam murid perempuan dan juga peha gebu mereka.
Versi lelaki, permainannya lebih kurang macam main tindih batang aiskrim. Siapa dapat tindih getah yang yang dipasang, boleh kebas getah tersebut. Kemahiran membaling dan memfokus balingan sangat diperlukan untuk memastikan lebih banyak getah berjaya diperoleh. Kemenangan dikira kalau peserta pihak lawan kehabisan getah atau peserta lawan menangis sebab asyik kalah dalam setiap pusingan.
Versi lelaki nombor 2. Permainannya lebih kurang ajar. Ambil getah dan lastik sesiapa yang mereka suka. Siapa yang kena lastik, memang meraung kesakitan. Pelastik yang cemerlang seperti saya, memang gagal untuk tidak mengenai sasaran saya terutamanya mereka yang cuba mengganggu murid perempuan idaman saya.
Permainan ini sangat dibenci oleh murid perempuan, cikgu perempuan dan cikgu lelaki.
Dalam kelas saya, siapa yang main benda ni, memang kena denda dengan saya. Denda apa? Dirahsiakan.
Tetapi, jangan risau. Budak-budak memang takkan bagitau bapak mereka. Sebab rahsia mereka ada dalam tangan saya.
7. Main tepuk daun terup.
Ini pun kira permainan lagenda juga. Cara nak main, kita kena pasang berapa banyak daun terup terlebih dulu. Biasanya, main pasang 30 daun atau 50 daun bergantung pada modal daun terup yang kita ada. Kalau sikit orang, kita kena pasang banyak awal-awal. Kalau pasang sikit, siapa dapat jalan dulu memang habis kena tepuk dulu. Bakinya memang tak dapat la ke kita. Kalau main lebih dari 5 orang, biasanya diorang akan pasang 10 daun terup dan ke atas. Kena main tepuk kuat-kuat, barulah daun tu jatuh dan terbalik.
Siapa yang ada skill menepuk yang hebat, memang biasanya 100 daun terup tu boleh habis sekaligus terbalik sekali tepuk.
Rekod terbaik saya adalah 200 daun. Itu pun kena kelepet dulu, kalau guna daun terup baru. Tepuklah 1 juta kali. Memang tak pernah dapat habiskan dengan sekali tepuk. Biasanya kena tepuk berpuluh kali, barulah habis 200 daun terup tu ditepuk.
Nak main daun terup ni ada banyak gamenya. Ada 1001 macam game boleh dimainkan dengan daun terup tu. Oh ya, ini bukan daun terup untuk judi tu. Ini daun terup khas untuk budak-budak. Dulu, kedai runcit banyak jual. Sekarang ni, dah tak ada jual dah lagi.
Budak-budak sekolah sekarang, dah tak ada peluang nak main game ni. Sebab susah nak dapat. Kiranya kalau dapat, memang benda “RARE”. Jadi, apa yang diorang buat? Diorang main tepuk-tepuk kepala dan punggung kawan. Kalau berlaku dalam kelas saya, naik mengah juga nak kejar dan tangkap budak-budak ni. Tapi kalau tak tangkap dan denda mereka, memang sampai habis kelas diorang dok bergaduh nak tepuk-tepuk kawan mereka.
Adohai.
Kekadang, malu gak kejar budak-budak dalam kelas. Kena plak tiba-tiba ada cikgu comel lalu.
Hilang macho dibuatnya.
Kesimpulan.
Ada banyak permainan RARE dan lama yang tidak diketahui oleh murid-murid zaman sekarang. Sampaikan cara nak buat layang-layang dan wau pun tidak tahu. Cara nak main gasing pun tidak tahu. Cara nak tukar paku gasing pun tidak tahu. Cara nak main game konda kondi pun tidak tahu. Cara main batu seremban yang sebenar pun tidak tahu.
Tapi tetap ada juga murid-murid yang kreatif mencipta game baru walhal sebenarnya permainan itu sudah lama dimainkan oleh budak-budak sekolah zaman 90an dulu seperti permainan chop tiang, permainan polis entri want to jaga, polis mati pencuri jaga, main pondok-pondok, main masak-masak, main baling selipar, main baling tin, main dam ular, main dam haji, main tarik upih kelapa, main dam cina, main guli, main teng-teng dan sebagainya. Kekadang, kelakar gak tengok diorang main benda-benda tu semua masa waktu rehat.Peraturan ikut suka hati diorang aje. Haha!
Ya. Memang kesian.
Tapi itulah budak-budak zaman sekarang.
Mereka MASIH suka permainan macam Clash of Clan, DOTA, Candy Crush dan lain-lain. Ohh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan