Translate

Isnin, 22 Disember 2014

Misteri Simbol MH370 Dalam 4 Filem Hollywood


Misteri Simbol MH370 Dalam 4 Filem Hollywood



Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.
Man Of Steel MH370
Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andaian dan kadangkala diluar jangkaan akal kita berfikir.
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, “Man of Steel”.
Di bawah ini video dakwaan berkenaan.
Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang seperti bas.
Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya: M.I.A 6 – 370
Yang boleh diertikan sebagai;
  • MIA = Missing In Action
  • MIA = Malaysia International Airport
Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.
  • 6 = F (Flight)
Man Of Steel MH370 [2]
Menurut teori ini, mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370!
Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, Superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.
“If I don’t stop that machine over the Indian Ocean”
Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir sendiri kan…
24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.
Pelik kan?
Teori ini juga kelihatan didalam filem Mission Impossible III 2006 apabila salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.
Logo yang sama juga muncul di filem Transformers: Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.
Mission Impossible III 2006 and Transformers With MH370 Symbol
Adakah masih kebetulan? Dan segala-galanya seperti sudah dirancang sejak tahun 2006 lagi.
Pembaca boleh menilai sendiri. Tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada.
Dan sekiranya ada dikalangan pembaca yang mahu mempertikai, sila berikan penjelasan yang munasabah untuk semua teori diatas.

Ahad, 21 Disember 2014

Kaitan Lagu Pitbull 'GET IT STARTED' Dan Kehilangan Pesawat #MH370

#PrayForMH370: KAITAN LAGU PITBULL 'GET IT STARTED' DAN KEHILANGAN PESAWAT #MH370


Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin ramai lagi yang belum. Antara rangkap lirik lagu tersebut:
"but for now it's off to Malaysia,Two passports, three cities, two countries, one day,Now that's worldwide"
Setelah dianalisis, lirik lagu ini secara keseluruhannya menggambarkan siapa 'mastermind' disebalik misteri kehilangan pesawat Malaysia AIrlines MH370 sejak 8 MAC 2014 lepas, Jika saya klasifikasikan lirik diilhamkan secara KEBETULAN, nampak sangat TIDAK LOGIK. Setiap baris ayat ada kaitannya dengan kejadian yang berlaku.


Pada pandangan peribadi saya, kehilangan pesawat MH370 ini adalah perancangan awal oleh pihak tertentu. Dia seperti mahu tujukan kepada seseorang dan juga memberi isyarat kepada dunia bahawa 'The World is Mine'.


"Two passports, three cities, two countries, one day" - Saling tak tumpah dengan kronologi insiden.

)

GET IT STARTED - PITBULL feat SHAKIRA
Source 
To all these rappers I apologize
I know it ain't fair,
the only ball I drop
New Years, Times Square
The world is mine
sixth sense
I see seven signs
now baby, let's get started for life
[SHAKIRA, Chorus:]
Everytime I look into your eyes (Mr Worldwide)
I feel like I could stare in them for a lifetime
we can get started for life (tonight)
for life (tonight) for life
we can get started for life (tonight)
for life (tonight) for life
we can get started
You know it feels right
[Pitbull:]
Big news, Pitbull
Tom Cruise, Mumbai
all lit up like a December night,
like the 4th of July, Vanilla Sky
Thrilla in Manilla
Knockin em out like Pacquiao
New Ali, new Frazier
but for now it's off to Malaysia
Two passports, three cities, two countries, one day
Now that's worldwide
if you think it's a game let's play
Dale
[SHAKIRA, Chorus:]
Everytime I look into your eyes (Mr Worldwide)
I feel like I could stare in them for a lifetime
we can get started for life (tonight)
for life (tonight) for life
we can get started for life (tonight)
for life (tonight) for life
we can get started
You know it feels right
I am what they thought I'd never become,
I believed and became it
now I'm here to claim it
I hustle anything, you name it
I went from evictions to food stamps,
to back in work what dawn..
to a passport, flooded with stamps
now slowly, everywhere I land
Two passports, three cities, two countries, one day
Now that's worldwide
if you think it's a game let's play
Dale
Cause if it feels right
we shouldn't waste any more time
let's get it started, don't think about it
you know I'm gonna make alright, alright
Cause if it feels right
you know I've made up my mind
let's get it started, don't think about it
I know that we can make it alright alright
[Chorus:]
Don't start what you can't finish
you know it feels right
let's go!
you know it feels right

Menarik! Bagaiman Kapal Titanic Ditemui?

Menarik! Bagaimanakah Kapal Titanic Ditemui?


2
Titanic ialah sebuah kapal penumpang yang terbesar didunia pernah karam ketika membawa seramai 2,201 orang didalamnya.Kapal ini telah karam dalam tahun 1912 kerana telanggar ketul ais batu yang besar dikawasan tenggara Newfoundland.
Kisah tenggelamnya kapal titanic ini telah menjadi sebuah cerita yang disebarkan dari mulut ke mulut hingga ke hari ini.Kenapa tidak, seramai 1,513 orang dari penumpangnya itu telah tenggelam bersama-sama kapal tersebut tanpa dapat diselamatkan.
2


Kapal seberat 46,00 tan ini mempunyai dua tingkat tempat penumpang dan pintu-pintu dibawah air yang sangat menarik.Ramai pelancong dari masyarakat berada di Eropah dan Amerika Syarikat telah menjadi penumpang kapal ini.
Titanic juga dikatakan kapal yang pertama menggunakan panggilan kecemasan ‘SOS’ yang baru. Selepas 73 tahun Titanic berada di dasar laut,baru pada awal September 1985 ia dapat dikesan oleh sepasukan ahli sains Amerika Syarikat dan Perancis diketuai oleh Robert Ballard.
2
Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara Newfoundland.Tempat sebenar kapal Titanic ditemui ini masih dirahsiakan untuk mengelakkannya daripada pencari harta karun.
Bangkai kapal Titanic ini ditemui setelah pasukan tersebut membuat penyelidikan ke atas dasar laut seluas 260 kilometer persegi dengan menggunakan robot. Ia berjaya mengambil gambar-gambar dan merakamkan data-data melalui alat video untuk mengkaji kedudukan kapal Titanic itu.
Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara Newfoundland. Tempat sebenar kapal Titanic ditemui ini masih dirahsiakan untuk mengelakkannya daripada pencari harta karun.
2
Robert Ballard, ketua pasukan penyelidik bangkai kapal Titanic ini merupakan orang yang paling gembira, kerana dengan penemuan tersebut akan dapat menyingkap banyak hal tentang bagaimana kapal tersebut yang sesetengahnya merupakan sebuah misteri terbesar selama lebih tujuh dekad.

10 Prasangka Negatif Dalam Diri Yang Menjadikan Anda Tidak Bahagia

10 Prasangka Negatif Dalam Diri Yang Menjadikan Anda Tidak Bahagia..!!!

Selama Ini, 10 Perkara Inilah Yang Menjadikan Anda Tidak Bahagia. Perasan Tak?



Sebenarnya, hidup anda akan lebih bahagia jika anda elakkan 10 perkara ini. Mungkin anda tidak perasan tetapi perkara-perkara inilah yang sering kali mengganggu kehidupan anda. Jom tengok senarai di bawah:

1. Persoalkan niat seseorang


Semua orang boleh mencari sebab untuk tersinggung. Contohnya apabila rakan anda tidak membalas mesej anda semula atau rakan sekerja anda pergi makan tengahari tanpa mengajak anda. Sekiranya situasi ini terjadi, maka terbitlah tanggapan buruk anda terhadap rakan-rakan anda itu. Anda melihatnya sebagai satu serangan peribadi terhadap diri anda, walaupun perkara itu sebenarnya terlalu remeh.


Orang yang bahagia tidak akan ada tanggapan buruk terhadap orang lain. Mereka tidak mempersoalkan niat seseorang itu dalam melakukan sesuatu sama ada secara sengaja atau tidak. Jadi tanya diri anda semula, adakah perlu untuk anda rasa tersinggung?

Teruskan Selongkar... 


2. Hidup seperti dalam filem sendiri dengan skrip ditulis hanya untuk anda 

Anda adalah bintang filem anda sendiri. Anda lah yang menulis skrip, anda lah yang tahu bagaimana ia bermula dan anda juga tahu bagaimana anda mahu ia berakhir. Malangnya anda lupa untuk memberikan skrip kepada orang lain. Sekiranya ada aral melintang atau sesuatu terjadi tanpa kehendak, anda mulai gagal untuk menyusun semula plot filem anda kepada sesuatu yang baru. Filem anda musnah dan segalanya tersangkut di tengah jalan.  says.com


Ingatlah, kehidupan di dunia ini saling bergantungan. Anda tidak boleh hidup keseorangan dan menganggap seperti dunia ini anda yang punya. Oleh itu, kurangkan skrip anda, perbanyakkan karakter dan susun plot yang berbeza.


3. Selalu jangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku




Biasanya, jika sesuatu yang tidak kena berlaku, apakah perkara pertama yang anda fikirkan? Kebanyakan orang akan menjangkakan perkara yang paling buruk dahulu untuk berlaku. Memang lumrah kehidupan manusia terlalu terarah kepada perkara negatif. Contoh paling mudah, jika teman lelaki/wanita anda tidak hubungi anda pada waktu yang telah ditetapkan, pasti fikiran anda hanya fokus kepada perkara negatif.

Pemikiran negatif hanya akan berkembang menjadi lebih negatif. Ia akan menarik anda kebawah jauh dari kebahagiaan yang anda impikan. Jika anda tanamkan baja toleransi ke dalam minda dan suburkan ia dengan sikap keterbukaan, maka akan lahirlah mentaliti positif yang sihat.


4. Mempunyai harapan yang tidak realistik

Kita hidup dalam budaya yang sentiasa mensogok kita dengan mesej bahawa jika anda terlalu mahukan sesuatu, anda perlu bekerja keras dan berikan fokus kepada perkara tersebut sedalam-dalamnya, akhirnya impian anda akan menjadi kenyataan. Tetapi adakah falsafah itu boleh dipraktikkan oleh semua orang?


Daripada cuba untuk mencapai impian yang terlalu tinggi, anda harus menilai semula impian anda itu dan gantikannya dengan cita-cita yang boleh dicapai dan pada masa yang sama, memberi makna yang serupa kepada anda. Ini kerana, harapan atau impian yang tidak dipenuhi akan menjadi akar dari sebahagian besar kesedihan dalam hidup anda.


5. Harapkan 'petanda dari langit' datang baru akan bertindak




Petanda, petanda dan petanda. Selagi tiada petanda, selagi itulah tak mahu bertindak. Jika tiada petanda sampai bila-bila, maka tersangkutlah di situ selamanya. Pernah jumpa orang yang macam ini? Individu yang memilih untuk bertindak hanya selepas mendapat 'petanda dari langit' ini sangat merugikan.


Jangan biarkan petanda mengawal hidup anda. Lakukan sesuatu dengan pantas. Usah berlengah lagi. Adalah lebih baik untuk membentuk nasib anda sendiri daripada dikawal oleh petanda. Namun begitu, jangan sesekali mengingkari takdir yang sudah ditentukan Tuhan. Tetapi walaupun Tuhan itu Maha Kuasa, ia tidak menghalang anda untuk mengejar cita-cita dan melakukan yang terbaik.

6. Takut untuk mengambil risiko 




Hiduplah dengan berani. Ambil risiko dan cabar diri anda ke satu tahap yang lebih tinggi, yang tak pernah anda jangkakan anda mampu. Setiap kali anda ditawarkan dengan pilihan yang melibatkan risiko, jangan tolak.


Memang diakui anda akan kehilangan beberapa perkara dalam hidup anda. Tatapi percayalah, setiap perkara yang anda dapat itu sebenarnya lebih berharga dan bermakna. Anda pasti berasa gembira setelah berjaya melakukannya.


7. Tak habis-habis membandingkan hidup anda dengan orang lain 

Ya, semua orang pun melakukan perkara ini dalam kehidupan masing-masing. Luahan 'common' seperti "Rupa saya tak secantik dia", "Kereta saya tak sehebat kereta dia," dan "Kenapa harta dia lagi banyak daripada saya?" memang sering kali ditemui. Pergilah ke mana-mana sekalipun, sikap suka membanding-banding ini amat susah untuk dihapuskan.


Jadi, inilah masanya untuk anda belajar untuk bersyukur dan menghargai segala apa yang anda sekarang. Ingat, tidak semua orang di dunia ini yang bernasib baik seperti anda. Jika anda rasa harta anda tak banyak, ramai lagi orang di dunia yang tidak mempunyai harta. Jika anda rasa rupa anda tak cantik, bersyukurlah kerana anda dilahirkan sempurna. Lebihkan sifat kesyukuran dalam diri untuk menjadi lebih bahagia.


8. Mensia-siakan masa 

Bayangkan jika anda mempunyai wang tunai sebanyak satu juta ringgit di bawah tilam anda, apa anda akan buat untuk pastikan ia selamat? Anda pasti akan periksa bawah tilam anda itu dengan kerap semata-mata tidak mahu kehilangan wang tunai tersebut.


Tapi bagaimana pula dengan masa? Jika anda mempunyai banyak masa, adakah anda akan melindunginya sepertimana wang tunai satu juta ringgit tadi? Kebanyakan orang tidak ambil peduli langsung tentang masa, malah biarkan ia dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hidup hanya sekali. Hentikan menghabiskan masa anda dengan orang-orang negatif dan yang tidak menghargai anda. Jaganya dengan baik dan berikan masa anda kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.


9. Sukar untuk lupakan perkara yang lepas atau tak boleh 'move on' 


Adakah anda perlu untuk memaafkan seseorang? Adakah anda perlu merujuk semula kepada hubungan yang gagal? Hidup ini penuh dengan kerugian. Anda akan sentiasa mempunyai beberapa penyesalan terhadap sesuatu kehilangan. Kadang-kadang memang sukar untuk menemui 'closure' atau pengakhiran mutlak bagi sesuatu perkara. Anda tidak bersendirian. Carilah seseorang yang memahami anda dan luahkan kepadanya.


Tetapi, kebahagiaan tidak akan tercapai tanpa keperitan ini. Ia membantu anda menghargai dan menikmati setiap detik dalam kehidupan. Ia juga membantu anda berkembang menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan. Mulakan lembaran hidup baru dan pastikan muka surat seterusnya diisi dengan kebahagiaan.


10. Sentiasa menerima dan tidak memberi 

Terdapat dua jenis manusia dalam dunia ini iaitu pemberi dan penerima. Yang mana satukah anda? Elakkan diri anda dari selalu menjadi penerima. Salah satu cara untuk menangani kerugian adalah dengan berbuat baik. Dekatkan diri anda dengan kehidupan di sekeliling dan libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. 


Jadilah seorang pemberi yang setia. Pemberian tidak semestinya besar. Cukup sekadar melakarkan senyuman di bibir, melafazkan perkataan yang baik, mengunjungi rakan yang bersendirian, menjadi pendorong dan pemberi semangat dan macam-macam lagi. Sikap pemurah akan menjadikan hidup anda lebih bahagia dan bermakna.
- See more at: http://selongkar10.blogspot.com/2014/12/10-prasangka-negatif-dalam-diri-yang.html#sthash.92ORyyXX.dpuf

Sabtu, 20 Disember 2014

10 Objek Aneh Yang Dilempar Oleh Penyokong Ke Dalam Padang Stadium Bola Sepak


10 Objek Aneh Yang Dilempar Oleh Penyokong Ke Dalam Padang Stadium Bola Sepak


Inilah beberapa benda pelik dan aneh yang pernah ‘menghiasi’ padang bola sepak sepanjang catatan sejarah bola sepak dunia: 
1.Kepala babi

2
Kepala babi yang dilemparkan oleh penyokong ketika perlawanan Real Madrid bertemu Barcelona.

“Euwwww, mungkin ini adalah perkataan pertama yang keluar dari mulut jika anda menyaksikan peristiwa ini. Satu kepala babi telah dilemparkan ke dalam padang oleh penyokong Barcelona sebagai protes kekesalan terhadap pemain Luis Figo yang berpindah kelab.
Perpindahan kelab oleh pemain adalah hal yang biasa terjadi tetapi bagi peminat bolas sepak, ia adalah suatu yang amat dikesalkan.

2. Bom Tangan

2
Bom tangan yang pernah dilempar ke atas padang oleh penyokong pada tahun 1966 (Gambar Hiasan)

Amat menakutkan jika salah satu benda paling berbahaya ini berada di atas padang stadium, tapi memang benda inilah yang dilemparkan penyokong ke arah padang ketika pertandingan Milwall dan Brentford di Den Lama kepada penjaga gol Brentfors, Brodie Chic .
Lantas, Brodie meminta penjaga garisan untuk memeriksa benda apa yang dilemparkan kearahnya. Setelah penjaga garisan memeriksa dan memastikan ternyata bahwa benda itu adalah bom tangan. Perlawanan yang berlangsung pada tahun 1966 itu sekaligus telah menimbulkan kekecohan dan pengadil terpaksa membatalkan perlawanan tersebut.

3. Motosikal Skuter

2
Skuter yang telah dibakar oleh penyokong sebelum dilemparkan ke atas padang

Siapa sangka benda sebesar skuter menjadi pilihan para penyokong untuk dilemparkan ke atas padang. Insiden ini terjadi ketika perlwanan Inter Milan bertemu Atalanta. Sebelum sepak mula, kejadian pertama dimulai oleh penyokong Inter Milan mencuri sebuah motosikal skuter dari penyokong Atalanta dan mereka telah memasukkannya ke dalam stadium untuk dilemparkan ke atas padang.

4. Arnab
Binatang comel ini pernah masuk ke padang bola sepak ketika perlawanan antara Apoel vs Omonia Nicosia yang berlangsung, di Greece.
2



5. Bola pantai
2
Suatu perkara yang pelik jika di stadium bola sepak dipenuhi dengan bola pantai.  Peristiwa ini terjadi ketika perlawanan Celtics vs Glasgow di Scotland.

6. Babi

2
Seekor babi yang di bawa oleh penyokong

Jika kepala babi pernah dilempar ke atas padang oleh penyokong  Bercelona kerana kekesalannya mereka terhadap Luis Figo, tetapi kali ini para penyokong yang ekstrim pernah membawa masuk seekor babi ke dalam padang bola sepak ketika perlawanan melibatkan salah satu kelab di Poland.

7. Botol whisky(Arak)

2
Botol whisky yang habis diminum oleh penyokong ini dilemparkan ke atas padang begitu saja ketika perlawanan Atletico dan Sevilla pada tahun 2006.

8. Donat

2
Mungkin terlintas difikiran kita,  sayang sekali untuk membuang makanan dengan sia-sia ke atas padang. Namun inilah yang dilakukan oleh penyokong Hajduk Split (Croatia) kepada presiden kelab mereka sebagai protes menyindir individu itu yang kebetulan presiden itu memiliki perusahaan kuih donat.

9. Vibrator(alatan seksual)
2

Memang ekstrim dan keterlaluan  apabila kelihatan beberapa vibrator ini dilemparkan ke atas padang, benda sebegini turut menjadi sasaran oleh penyokong fanatik di Argentina.

10. Bola tenis

2
Dengan tindakan untuk menarik perhatian media, para penyokong Hull City melakukan aksi nekad melempar bola tenis pada perlawanan BPL di Stadium Reebox ketika menentang Bolton.
Walaupun ia sinis dan lucu,  tindakan melempar sesuatu ke atas padang adalah suatu yang tidak patut di lakukan kerana ia sekaligus telah mencerminkan moral penyokong yang teruk dan menghampakan pasukan tersebut akibat sikap penyokong yang terlalu ekstrim dan keterlaluan.

10 Manusia Paling Kaya Di Dunia

10 Manusia Paling Kaya Di Dunia Dalam Bidang Teknologi


1. Bill Gates
Nilai Kekayaan : $76 biilion
Syarikat : Microsoft
2
Pengasas kepada Microsoft ini telah beberapa kali memegang gelaran sebagai orang paling kaya di dunia. Menurut majalah Bloomberg, pada tahun 2013, beliau telah merampas semula kedudukan sebagai orang pertama yang paling kaya di dunia. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai CEO Microsoft pada tahun 2000, dan kini hanya memegang jawatan dan bertindak sebagai penasihat teknologi kepada Microsoft.
2. Carlos Slim
Nilai Kekayaan : $70.3 biilion
Syarikat : Telmex, América Móvil , Grupo Carso
2
Carlos Slim adalah merupakan usahawan dari Mexico dan berketurunan Lubnan. Sememangnya beliau tidak begitu popular jika dibandingkan dengan jutawan-jutawan lain. Pada masa ini, Carlos Slim merupakan pengerusi dan ketua eksekutif kepada syarikat telekomunikasi Telmex dan America Movil.
America Movil, adalah merupakan syarikat telekomukasi terbesar di Amerika Latin, dan ia telah menyumbang sekitar AS $49 bilion kepada kekayaan Slim.
3. Larry Ellison
Nilai Kekayaan : $48 biilion
Syarikat : Oracle
2
Larry Ellison adalah merupakan pengasas bersama syarikat Oracle, iaitu sebuah syarikat perisian yang mengkhusus kepada pangkalan data. Dilahirkan pada 17 Ogos 1944, Ellison kini berumur 70 tahun dan merupakan antara billionaire yang paling tua di dalam bidang teknologi. Jadi, tidak hairanlah mengapa beliau telah menderma $ 445 juta kepada yayasan perubatan untuk menyokong penyelidikan berkaitan penuaan serta penyakit yang berkaitan dengan usia.
4. Larry Page
Nilai Kekayaan : $32.3 biilion
Syarikat : Google
2
Lawrence Page dilahirkan pada 26 Mac 1973 dan merupakan pengasas bersama Google. Beliau dan Sergey Brin memegang saham di Google sebanyak 16%. Beliau kini memegang jawatan CEO di Google menggantikan Eric Schmidt yang telah bersara pada tahun 2011 lalu.


5. Sergey Brin
Nilai Kekayaan : $28.9 biilion
Syarikat : Google
2
Dilahirkan di Moscow, Rusia dan kemudiannya berpindah ke Amerika pada usia 6 tahun. Sergey Brin telah bertemu Larry Page ketika menuntut di Stanford Universiti di mana, mereka berdua telah membina enjin carian Google dari bilik asrama mereka. Apabila enjin carian Google mula menjadi popular, beliau telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian PHD beliau dan mula menyewa sebuah garaj kecil sebagai pejabat Google.
6. Jeff Bezos
Nilai Kekayaan : $28.9 biilion
Syarikat : Amazon
2
Pada tahun 1994, Jeff Bezos telah meninggalkan pekerjaan beliau sebagai naib Presiden DE Shaw & Co, sebuah firma Wall Street dan mula mengasaskan Amazon dari bilik garaj rumah beliau. Bermula dengan hanya menjual buku, Amazon kini merupakan kedai terbesar di dunia yang menjual pelbagai produk, dari baju hinggalah kepada aksesori kereta.
7. Mark Zuckerberg
Nilai Kekayaan : $25.3 biilion
Syarikat : Facebook
2
Pengasas kepada Facebook ini hanya menerima gaji sebanyak $1 dollar sahaja pada tahun lalu dari syarikatnya. Namun begitu, kekayaan peribadinya dianggarkan bernilai $25.3 billion pada April 2014. Bermula dari bilik asrama Universiti Harvard, beliau bersama beberapa rakan beliau telah menghasilkan Facebook untuk kegunaan pelajar-pelajar universiti tersebut sebagai buku alamat bergambar pada tahun 2004. Namun kini, Facebook telah berkembang sebagai syarikat gergasi teknologi dan digunakan oleh lebih 1.3 billion pengguna dari seluruh dunia.
8. Steve Ballmer
Nilai Kekayaan : $20.7 biilion
Syarikat : Microsoft
2
Steven Anthony “Steve” Ballmer adalah ahli perniagaan Amerika yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft dari Januari 2000 hingga Februari 2014. Pada 4 Februari 2014, Ballmer telah bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan digantikan oleh Satya Nadella, namun begitu beliau masih lagi merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Microsoft dan merupakan pemegang saham Microsoft yang terbesar pada waktu ini.
9. Michael Dell
Nilai Bersih : $15.9 billion
Syarikat : DELL
2
Bermula dengan memasang dan menjual komputer di bilik asrama pada 29 tahun yang lalu, Michael Dell masih lagi memegang jawatan sebagai CEO kepada syarikat DELL. Pada awal tahun lalu (2013), syarikat DELL telah mengambil keputusan untuk keluar dari disenaraikan di pasaran saham dan kini lebih selesa menjadi syarikat sendirian berhad. Ianya adalah bertujuan untuk memudahkan syarikat tersebut bertukar arah dari sebuah syarikat peralatan komputer kepada syarikat perniagaan yang berasaskan kepada perisian komputer.
10. Paul G. Allen
Nilai Kekayaan : $15 billion
Syarikat : Microsoft
2
Pengasas bersama Microsoft ini hanya memiliki sekitar $2 billion saham Microsoft. Namun begitu, beliau adalah pemilik syarikat kumpulan Vulcan, iaitu sebuah syarikat pelaburan yang melabur dalam pelbagai bidang seperti hartanah, media, perubatan dan juga teknologi.
Pada akhir tahun 2012 beliau telah menjual 12-bangunan kampus di Seattle kepada Amazon, dengan harga $1.15 billion. Beliau juga merupakan pemilik kepada pasukan rugbi Seattle Seahawks dan pasukan bola keranjang Portland Trailblazers. Baru-baru ini, beliau telah melancarkan album country rock beliau yang terbaru berjudul “Everywhere At Once” bersama kumpulan muzik beliau “The Underthinkers”.

10 Negara Terkaya Di Dunia

2
Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah.
Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia:
Menurut sumber dari sebuah blog, kami di bawah kami paparkan senarai negara terkaya di dunia 2014:
1. Qatar – KDNK per kapita lebih (~ $102,000 / ~ RM340,323)
2. Luxembourg – KDNK per kapita lebih (~ $77,000 / ~ RM256,911)
3. Singapore – KDNK per kapita hampir (~ $61,000 / ~ RM203,527)
4. Norway – KDNK per kapita (~ $55,000 / ~ RM183,508)
5. Brunei – KDNK per kapita sekitar (~ $54,000 / ~ RM180,171)
6. United Arab Emirates
7. United States
8. Hong Kong
9. Switzerland
10. Netherlands
11. Australia
12. Austria
13. Ireland
14. Canada
15. Kuwait
10 Negara Terkaya Di Dunia
Berdasarkan laporan di sebuah blog disini, negara-negara ini berada di senarai rekod tertinggi daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita yang dicatatkan selaras dengan maklumat yang dikumpulkan.
1.Qatar – adalah negara Arab yang berdaulat, adalah di bahagian atas senarai dan adalah negara yang paling kaya di dunia walaupun penduduk negara ini hanya 2 Juta. Ekonomi Qatar sepenuhnya bergantung kepada bekalan minyak, mereka adalah pengeksport terbesar minyak dan Gas Asli di dunia dan tidak mempunyai dasar cukai di negara ini.
KDNK-$ 102,211 lebih kurang
2.Luxembourg – secara rasmi dikenali sebagai Grand Duchy of Luxembourg, merupakan negara Eropah dan merupakan negara daratan iaitu tanpa memiliki laut dan pantai. Namun mereka adalah negara kedua terkaya di dunia dengan jumlah penduduk daripada setengah juta orang.
KDNK-$ 81,100 lebih kurang
3.Singapore – secara rasmi dikenali sebagai Republik Singapura adalah sebuah negara Asia Selatan dengan jumlah penduduk sebanyak 5 Juta, mereka adalah negara ketiga terkaya di dunia.
KDNK-$ 61,400 lebih kurang
4.Norway -adalah negara Eropah dengan Penduduk 5 Juta dan salah satu negara yang paling kurang padat di Eropah dan termasuk dalam empat negara yang maha kaya di dunia. Norway ini adalah salah satu negara yang kaya dengan hasil mineral di dunia ini, mempunyai petroleum, gas asli dan rizab air tawar.
KDNK-$ 55,900 lebih kurang
5.Brunei – secara rasminya disebut sebagai Negeri Brunei adalah sebuah negara di Asia Tenggara dengan Penduduk 4.5 Juta dan merupakan tergolong dalam lima buah negara terkaya di dunia. Pengeluaran minyak mentah dan gas asli menyumbang dalam ekonomi mereka hampir 90% daripada KDNK.
KDNK-$ 55,300 lebih kurang
6.Hong Kong – terletak di pantai Selatan China, Hong Kong adalah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China bermakna mereka berada dalam kedaulatan China. Jumlsh penduduk Hong Kong adalah sekitar 7 juta dan merupakan negara ke 6 terkaya di dunia . Hong Kong adalah dianggap sebagai salah satu pusat kewangan antarabangsa dan Dolar Hong Kong merupakan mata wang kelapan paling diniagakan di dunia.
KDNK-$ 52,300 lebih kurang
7.United Syarikat – Amerika Syarikat dianggap sebagai negara yang Maha Berkuasa di dunia ini, namun ia bukan dalam senarai teratas 5 negara terkaya di dunia, hanya mampu berada pada kedudukan yang ketujuh di dunia.
KDNK-$ 50,700 lebih kurang
8.Kuwait – adalah sebuah Negara Arab yang terletak di Asia Barat dan negara yang paling ke-8 paling kaya di dunia. Produk Petroleum memberikan sumbangan terbesar kepada ekonomi mereka yang menjadikan mereka salah satu negara yang paling kaya di bumi.
9.United Arab Emirates – adalah sebuah Negara Arab, satu negara yang ekonominya berkembang pesat di mana sumber-sumber semula menjadi penyumbang terbesar dalam struktur ekonominya seperti petrol dan gas asli. Negara ke sembilan paling kaya di dunia ini mempunyai penduduk lebih kurang 1 Juta.
KDNK-$ 49,800 lebih kurang
10.Switzerland – secara rasmi dikenali sebagai Gabungan Switzerland adalah negara Eropah, yang merupakan negara terkaya di ke 10 di dunia. Ia juga dianggap sebagai negara yang paling inovatif di Eropah oleh Kesatuan Eropah. Industri pembuatan menyumbang paling banyak kepada ekonomi Switzerland.
KDNK-$ 46,200 lebih kurang.
Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia 2014:
  1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
    Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
  2. Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura:
Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
Brunei ada simpanan minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.


Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 5 negara terkaya di dunia.
Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Kedua-dua negara membuktikan kepada dunia, tidak relevan saiz negara menjadi penanda aras membuatkan sesebuah negara tu kaya ataupun miskin.
Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa menggunakan ia untuk kepentingan sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.
Harapan kita sebagai rakyat Malaysia, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah apa yang kita mahu lihat:
2
2
2
2
2
2
Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi.
Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia