Translate

Sabtu, 20 Disember 2014

10 Objek Aneh Yang Dilempar Oleh Penyokong Ke Dalam Padang Stadium Bola Sepak


10 Objek Aneh Yang Dilempar Oleh Penyokong Ke Dalam Padang Stadium Bola Sepak


Inilah beberapa benda pelik dan aneh yang pernah ‘menghiasi’ padang bola sepak sepanjang catatan sejarah bola sepak dunia: 
1.Kepala babi

2
Kepala babi yang dilemparkan oleh penyokong ketika perlawanan Real Madrid bertemu Barcelona.

“Euwwww, mungkin ini adalah perkataan pertama yang keluar dari mulut jika anda menyaksikan peristiwa ini. Satu kepala babi telah dilemparkan ke dalam padang oleh penyokong Barcelona sebagai protes kekesalan terhadap pemain Luis Figo yang berpindah kelab.
Perpindahan kelab oleh pemain adalah hal yang biasa terjadi tetapi bagi peminat bolas sepak, ia adalah suatu yang amat dikesalkan.

2. Bom Tangan

2
Bom tangan yang pernah dilempar ke atas padang oleh penyokong pada tahun 1966 (Gambar Hiasan)

Amat menakutkan jika salah satu benda paling berbahaya ini berada di atas padang stadium, tapi memang benda inilah yang dilemparkan penyokong ke arah padang ketika pertandingan Milwall dan Brentford di Den Lama kepada penjaga gol Brentfors, Brodie Chic .
Lantas, Brodie meminta penjaga garisan untuk memeriksa benda apa yang dilemparkan kearahnya. Setelah penjaga garisan memeriksa dan memastikan ternyata bahwa benda itu adalah bom tangan. Perlawanan yang berlangsung pada tahun 1966 itu sekaligus telah menimbulkan kekecohan dan pengadil terpaksa membatalkan perlawanan tersebut.

3. Motosikal Skuter

2
Skuter yang telah dibakar oleh penyokong sebelum dilemparkan ke atas padang

Siapa sangka benda sebesar skuter menjadi pilihan para penyokong untuk dilemparkan ke atas padang. Insiden ini terjadi ketika perlwanan Inter Milan bertemu Atalanta. Sebelum sepak mula, kejadian pertama dimulai oleh penyokong Inter Milan mencuri sebuah motosikal skuter dari penyokong Atalanta dan mereka telah memasukkannya ke dalam stadium untuk dilemparkan ke atas padang.

4. Arnab
Binatang comel ini pernah masuk ke padang bola sepak ketika perlawanan antara Apoel vs Omonia Nicosia yang berlangsung, di Greece.
2



5. Bola pantai
2
Suatu perkara yang pelik jika di stadium bola sepak dipenuhi dengan bola pantai.  Peristiwa ini terjadi ketika perlawanan Celtics vs Glasgow di Scotland.

6. Babi

2
Seekor babi yang di bawa oleh penyokong

Jika kepala babi pernah dilempar ke atas padang oleh penyokong  Bercelona kerana kekesalannya mereka terhadap Luis Figo, tetapi kali ini para penyokong yang ekstrim pernah membawa masuk seekor babi ke dalam padang bola sepak ketika perlawanan melibatkan salah satu kelab di Poland.

7. Botol whisky(Arak)

2
Botol whisky yang habis diminum oleh penyokong ini dilemparkan ke atas padang begitu saja ketika perlawanan Atletico dan Sevilla pada tahun 2006.

8. Donat

2
Mungkin terlintas difikiran kita,  sayang sekali untuk membuang makanan dengan sia-sia ke atas padang. Namun inilah yang dilakukan oleh penyokong Hajduk Split (Croatia) kepada presiden kelab mereka sebagai protes menyindir individu itu yang kebetulan presiden itu memiliki perusahaan kuih donat.

9. Vibrator(alatan seksual)
2

Memang ekstrim dan keterlaluan  apabila kelihatan beberapa vibrator ini dilemparkan ke atas padang, benda sebegini turut menjadi sasaran oleh penyokong fanatik di Argentina.

10. Bola tenis

2
Dengan tindakan untuk menarik perhatian media, para penyokong Hull City melakukan aksi nekad melempar bola tenis pada perlawanan BPL di Stadium Reebox ketika menentang Bolton.
Walaupun ia sinis dan lucu,  tindakan melempar sesuatu ke atas padang adalah suatu yang tidak patut di lakukan kerana ia sekaligus telah mencerminkan moral penyokong yang teruk dan menghampakan pasukan tersebut akibat sikap penyokong yang terlalu ekstrim dan keterlaluan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan